😂 Polkadot tu terhasil sebab Syu tak kacau tepung jagung bagi sebati. Jadi, pastikan korang bancuh dulu tepung jagung sebelum masukkan ke dalam air cincau yang dah diblend . |
BAHAN-BAHAN
Daun cincau (Guna daun yang masih segar & bukan yang kering)
Air (Sama banyak dengan daun cincau)
Daun Pandan
Gula (Ikut tahap kemanisan yang korang nak)
2 Sdt. Tepung jagung (Dilarutkan di dalam air terlebih dahulu)
CARA-CARA
- Masak daun cincau bersama dengan daun pandan sehingga daun cincau menjadi lembut. Kemudian sejukkan buat sementara waktu sebelum dikisar halus menggunakan blender.
- Lepas dah kisar. Tapis & buang hampasnya.
- Dalam bekas lain, bancuhkan sedikit air tepung jagung. Kemudian masukkan ke dalam air tapisan cincau tadi bersama dengan gula.
- Masak adunan cincau tadi sehingga teksturnya menjadi pekat & berkilat.
- Masukkan ke dalam bekas & biarkan cincau tadi mengeras. Bila dah keras, bolehlah guna untuk buat apa jua air yang berunsurkan cincau kegemaran korang 😋.